Hai Assalamualaikum semua,
Rasa dah lama tak menulis dekat sinii, busy busy. HAHAHA
entry blog aku kali ni aku nak cerita pasal malang yang tidak berbau yang berlaku dekat aku dan keluarga aku baru-baru ni. kitorg kemalangan.
malam khamis lepas, kitorg sekeluarga nak pergi ziarah org meninggal and dekat highway Kelana Jaya, ada kereta tetiba je break emergency depan kereta kitorang and bapak aku dah berhenti, kira sempat break laaa. mak aku siap ckp Alhamdulillah sebab kitorg tak langgar kereta depan, tiba-tiba bapak aku jerit ALLAH!
lepas tu, aku sedar mak ayah aku panggil aku, kereta dah stop, tp sakit gila belakang masa nak menyahut dorg punya panggilan. sekali ramai org, kitorg keluar drpd kereta, Masha Allah, bonet kereta ranap sbb kete belakang langgar dgn KUATnya. tak sangka smpai cmtu sekali, rupanya aku pengsan sekejap masa accident tu sbb bapak aku ckp, kete tu hentam kuat, langgar kete depan, SubhanAllah kitorg bertiga masih bernyawa lagi sehingga sekarang. Merasa la jugak naik ambulance, aku harap itu first and last la aku naik ambulance. kepala aku sakit, rasa terhantuk kat atap rasanya tp tk sedar.
SO KEPADA PEMANDU DILUAR SANA, BAWAK LA KERETA BHATI HATI, JGN LAJU -LAJU. TAK LARI GUNUNG DIKEJAR AND JGN SBB KITA ORG LAIN MERANA
hai awak. macam pernah jumpa la. kat mana ek?!! comel la awak ni. selamat berkenalan ^_^
ReplyDelete