Friday, 24 January 2014

PERKHIDMATAN AWAN DAN KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI YA MAULANA,

lamaaaa sangat tak update blog. Maigad. K. Arini yang menyebabkan aku tergerak hati nak tulis blog because of what I have been through these few days.

Setelah sekian lama aku tak naik perkhidmatan awam spt KTM, LRT dan sebagainya, aritu aku naik jugak utk bertemu kawan baik yang aku rindu rinduin sangat. hehe kemain rindu. apa yang aku nak ketengahkan sekarang ni, aku rasa segala facilities ( skop aku arini utk perkhidmatan awan yang berasaskan keretapi, teksi, bus tu maaf la, belum buat experiment tapi rasanya bas not bad jugak ) yang ada di Malaysia ni semakin bertambah baik, LRT mmg kemain laju ( maksud aku gap between train yang datang ) tak macam KTM, mm kalau kau tak kejar, lari 100 meter sepecutnya utk grab train yang datang tu, alamatnya kau boleh bukak je la nasi lemak yang kau beli bawah rumah yang kau cadang nak makan dengan kawan kau ke, nak makan kat tempat keje ke apa ke. Sebab apa aku cakap cmtu, sbbnya satu train terlepas, setengah jam k setengah jam lepas tu baru ada train balik. Kalau kau tak berpeluh ketiak, lari bersungguh mcm takde hari esk kejar train, nescaya kau akan menyesal. hehe kemain ayat. Tapi menjelang wawasan 2020 yang tinggal berapa tahun je lagi ni mungkin KTM akan buat ssuatu la aku rasa. tapi apa yang aku rasa bangga jugak dengan KTM ni, kat pelusuk mana la dia mesti ada, sbb LRT, MONORAIL kan kawasan-kawasan KL dan berdekatan je, kalau KTM sampai ke Perlis la dia smpai.

Habis aku promote KTM, MONORAIL, LRT, BUS sume, patut dorg bagi royalti kat aku hehe. Next apa yang aku nak cerita, sepanjang dalam perjalanan train aku drpd stesen Kg. Dato Harun ke KL Sentral, aku tggu train, aku lihat sekeliling hidup aku ni, ada perempuan yang pakai baju kerja, ada mamat berkopiah, ada mak yang pegang anak kecil, masing-masing ada destinasi yang nak dituju dan masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sampai train, aku duduk coach wanita, bila aku duduk tu, aku nampak ada budak kecik main-main dan mak dia akan cakap 'haish,duduk diam-diam. nanti jatuh'. Mmm nakal ye, terigt aku masa kecik-kecik, tak reti nak duduk diam. orang susah dulu, naik bus nak pergi mana-mana. Alhamdulillah, sekarang ni makin okay, :) Kadang-kadang aku pernah la rasa kenapa aku tak cukup kaya nak pakai kereta sendiri (nak pakai kete abah, mm dia takut aku apa-apakan kete dia. mm) tapi bila tengok mereka-mereka ni membuat aku rasa bersyukur, mereka nampak tenang, kenapa aku perlu merungut dengan hidup aku. Hidup aku Tuhan punya caturan, kenapa nak rasa mcm tu. Kalau mereka redha, kenapa aku tidak. Insaf bila fikir.

Harapnya entry aku kali ni buat aku,kau dan semuanya berfikir sejenak siapa kita di muka bumi Allah yang luas ni. And lagi satu, sokonglah perkhidmatan awam, best dah skrg, since minyak kan mahal, parking lagi... BOTAK BOTAK. Itu je, Salam sayang semuanya :)

No comments:

Post a Comment